Sunday, 3 December 2017

Eksperimen Sosial yang dilakukan untuk melihat reaksi orang ramai


Ini merupakan video yang dibuat oleh seorang gadis untuk melihat reaksi lelaki-lelaki apabila melihatnya memakai pakaian yang terlalu ketat dan menampakkan bentuk buah dadanya. Video ini dibuat di New York City. Melalui kajian sosial ini, kebanyakan lelaki akan terus memandang gadis ini setelah melihatnya berjalan melepasi mereka. Ada di antara mereka yang mengeluarkan kata-kata lucah yang memberahikan dan ada juga yang terus mendekatinya untuk berkenalan dengannya.

Namun, gadis ini juga ada mengenakan pakaian yang sangat sopan, iaitu dengan mengenakan pakaian Berjubah dan Bertudung menutup dadanya. Perbezaan dilihat ketara oleh reaksi lelaki-lelaki tersebut setelah melalui gadis tersebut. Kelihatannya, lelaki-lelaki tersebut langsung tidak mempedulikan gadis tersebut dan tidak terlalu memandangnya.

Kesimpulannya, sebagai seorang perempuan, kita harus menutup aurat bagi mengelakkan hawa nafsu daripada mereka-mereka yang kurang iman di dalam dirinya. Ini juga dapat mengelakkan diri kita daripada bahaya (contohnya: Dirogol). Kemudian, dapat mencerminkan bahawa kita adalah wanita yang baik di mata masyarakat kerana memelihara aurat.

No comments:

Post a Comment

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

a)  Perbezaan dengan binatang. 🙊       Allah SWT berfirman : " Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menu...