PEMILIHAN WARNA
Pemilihan pakaian berwarna gelap juga memberi kesan ramping kepada si pemakai. Walaupun pakaian longgar dan memenuhi syariat tapi tetap nampak langsing. Cth: Maroon, ungu gelap, biru gelap, dan warna seperti turquoise.
Pemilihan pakaian berwarna gelap juga memberi kesan ramping kepada si pemakai. Walaupun pakaian longgar dan memenuhi syariat tapi tetap nampak langsing. Cth: Maroon, ungu gelap, biru gelap, dan warna seperti turquoise.
PEMILIHAN CORAK
Sekiranya anda bertubuh gempal, JANGAN SESEKALI memilih corak yang terlalu besar. Contoh berbaju kurung dengan corak bunga matahari 3,4 kuntum atau penuh satu badan. Tak sesuai dan akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal. Pilih corak kecil kecil atau yang simple sahaja. Jadi kesan kurus lebih terserlah.
CORAK BELANG
Satu lagi kesilapan mereka yang bertubuh gempal adalah silap memilih corak belang (stripes). Stripes ada dua jenis iaitu menegak dan melintang. Kalau badan besar tapi mengenakan corak melintang memang sangat ketara nampak kita lebih besar. Jadi pilihlah corak stripes menegak. Memang akan terserlah kesan langsing tuh. Kalau yang berseluar, nampak kaki lebih panjang. Ala ala model gitu. Hehe.
“Saya berjubah, jadi semua ini tiada beza”
Eh, siapa cakap mereka yang berabaya, berjubah tak boleh berfesyen? Sekarang ini memang banyak dijual jubah yang cantik dan menarik. Cuma kita perlu pandai pilih ikut kesesuaian badan. Boleh ikut ciri ciri yang saya senaraikan kat atas. Pasti tak menyesal. Muslimah pun boleh berfesyen. Cuma perlu kena caranya.
No comments:
Post a Comment