KESALAHAN PERTAMA : π’
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : π₯
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : π±
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : π¨
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : π
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : π΅
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : π²
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : π―
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
KESALAHAN KESEMBILAN : πΆ
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
KESALAHAN KESEPULUH : π€
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.
Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar. Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Islam tidak menetapkan fesyen pakaian tetapi perlu mematuhi garis panduan dan menutup aurat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT
a) Perbezaan dengan binatang. π Allah SWT berfirman : " Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menu...
-
1. Menghindarkan diri dari dosa akibat membuka aurat - membuka aurat mereka kepada orang bukan mahram 2. Menghin...
-
Janganlah kita terlalu mengikuti zaman moden dengan gaya-gaya yang bercanggah dengan ajaran islam. Kita juga akan menjadi contoh kepada ge...
No comments:
Post a Comment