Tuesday, 12 December 2017

Kesalahan Pemakaian Lelaki Dalam Islam



1. Memakai pakaian nipis dan ketat.
-Dan kebiasaannya lelaki yang body builder, kaki gym memakai baju ketat untuk menunjukkan ototnya yang berketul-ketul itu.




2. Mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian wanita.
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR. Al-Bukhari).




3. Memakai pakaian yang tidak menutup aurat
Seperti memakai seluar pendek atau pakaian sukan lainnya yang menampakkan peha. Aurat lelaki adalah dari pusat sehingga dua lutut.Oleh itu, peha termasuk aurat. Setiap muslim diperintahkan menutup dan menjaga auratnya kecuali di depan isteri atau mereka yang mahram dengannya.




4. Memakai pakaian yang ada gambar agama lain/ perkataan yang tidak senonoh
Sebahagian orang yang akan menunaikan solat berjemaah tidak peduli dengan pakaian yang dikenakannya. Misalnya masuk ke dalam masjid dengan mengenakan jenis pakaian yang mempunyai lambang salib atau perkataan yang tidak baik semasa menunaikan solat. 
Allah berfirman:
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.” (Al-A’raf: 31).


5. Memakai Emas / Sutera
Dan Rasulullah SAW bersabda:
“Dihalalkan emas dan sutera itu untuk kaum wanita dari kaumku dan diharamkan keduanya bagi kaum lelaki dari nya.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan An-Nasa’i, shahih).


Sunday, 10 December 2017

Kita perlu menutup aurat kepada bukan mahram contoh☝🏻☝🏻☝🏻
Cara menutup aurat dengan sempuran dan mengikut hukum syariat🌹

Friday, 8 December 2017

Buka tudung, neraka menanti

70,000 tahun dalam neraka jika kaum Adam melihat sehelai rambut hawa dengan sengaja di tunjukkan. Beringatlah kita sebagai kaum hawa ni. Senang masuk ke neraka, senang juga masuk ke syurga

Contoh-contoh menutup aurat yang salah

Janganlah kita terlalu mengikuti zaman moden dengan gaya-gaya yang bercanggah dengan ajaran islam. Kita juga akan menjadi contoh kepada generasi muda yang akan datang terhadap pemakaian kita. Jadi, marilah kita sama-sama menggubah cara pemakaian kita.

Thursday, 7 December 2017

Batasan-batasan Aurat

1. Aurat Sesama Lelaki
Terjadi perbezaan pendapat di kalangan para Ulama tentang batasan aurat sesama lelaki, baik dengan kerabat atau orang lain. Pendapat yang paling kuat dalam hal ini adalah pendapat jumhur Ulama yang mengatakan bahwa aurat sesama lelaki adalah antara pusar sampai lutut. Ertinya pusat dan lutut sendiri bukanlah aurat sedangkan paha dan yang lainnya adalah aurat. 

2. Aurat Lelaki Dengan Wanita
Jumhur Ulama sepakat bahwasanya batasan aurat lelaki dengan wanita mahramnya ataupun yang bukan mahramnya sama dengan batasan aurat sesama lelaki. Tetapi mereka berselisih tentang masalah hukum wanita memandang lelaki. Pendapat yang paling kuat dalam masalah ini ada dua pendapat.

Ulama Syafiiyah berpendapat bahwasanya tidak boleh seorang wanita melihat aurat lelaki dan bagian lainnya tanpa ada sebab. Dalil mereka adalah keumuman firman Allâh Azza wa Jalla :

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ

Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya. [an-Nûr/24:31]

Dan mereka juga berdalil dengan qiyas: yaitu sebagaimana di haramkan para lelaki melihat wanita seperti itu pula di haramkan para wanita melihat lelaki.

3. Aurat Lelaki Dihadapan Isteri
Suami adalah mahram wanita yang terjadi akibat pernikahan, dan tidak ada perbezaan pendapat di kalangan para Ulama bahwasanya seorang suami atau istri boleh melihat seluruh anggota tubuh pasangannya.

4. Aurat Wanita Dihadapan Para Lelaki Yang Bukan Mahramnya
Para Ulama sepakat bahwa seluruh anggota tubuh wanita adalah aurat yang harus di tutup, kecuali wajah dan telapak tangan yang masih diperselisihkan oleh para Ulama tentang kewajiban menutupnya.

5. Aurat Wanita Di depan Mahramnya
Mahram adalah seseorang yang haram dinikahi kerana adanya hubungan nasab, kekerabatan dan persusuan. Pendapat yang paling kuat tentang aurat wanita di depan mahramnya yaitu seorang mahram di perbolehkan melihat anggota tubuh wanita yang biasa nampak ketika dia berada di rumahnya seperti kepala, muka, leher, lengan, kaki, betis atau dengan kata lain boleh melihat anggota tubuh yang terkena air wudhu.

6. Aurat Wanita Di Depan Wanita Lainnya
Terjadi perbedaan pendapat di kalangan para Ulama tentang aurat wanita yang wajib di tutup ketika berada di depan wanita lain. Ada dua pendapat yang masyhûr dalam masalah ini :

• Sebagian ahli ilmu berpendapat bahwa aurat wanita di depan wanita lainnya seperti aurat lelaki dengan lelaki yaitu dari bawah pusat sampai lutut, dengan syarat aman dari fitnah dan tidak menimbulkan syahwat bagi orang yang memandangnya.

• Batasan aurat wanita dengan wanita lain, adalah sama dengan batasan sama mahramnya, yaitu boleh memperlihatkan bagian tubuh yang menjadi tempat perhiasan, seperti rambut, leher, dada bagian atas, lengan tangan, kaki dan betis. Dalilnya adalah keumuman ayat dalam surah an-Nûr, ayat ke-31. Allâh Azza wa Jalla berfirman :

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ

Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera–putera mereka, atau putera–putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, [an-Nûr/24:31]

Yang dimaksud dengan perhiasan di dalam ayat di atas adalah anggota tubuh yang biasanya di pakaikan perhiasan.

Pendapat Yang terkuat dalam hal ini adalah pendapat terakhir, yaitu aurat wanita dengan wanita lain adalah seperti aurat wanita dengan mahramnya kerana dalil yang mendukung lebih kuat. Wallahu a’lam.


Oleh
Ustadz Haikal Basyarahil, Lc

Sumber: https://almanhaj.or.id/4114-kewajiban-menutup-aurat-dan-batasannya.html

Tips berfesyen dengan tampak langsing walaupun pakaian itu longgar


PEMILIHAN WARNA
Pemilihan pakaian berwarna gelap juga memberi kesan ramping kepada si pemakai. Walaupun pakaian longgar dan memenuhi syariat tapi tetap nampak langsing. Cth: Maroon, ungu gelap, biru gelap, dan warna seperti turquoise.
PEMILIHAN CORAK
Sekiranya anda bertubuh gempal, JANGAN SESEKALI memilih corak yang terlalu besar. Contoh berbaju kurung dengan corak bunga matahari 3,4 kuntum atau penuh satu badan. Tak sesuai dan akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal. Pilih corak kecil kecil atau yang simple sahaja. Jadi kesan kurus lebih terserlah.
CORAK BELANG
Satu lagi kesilapan mereka yang bertubuh gempal adalah silap memilih corak belang (stripes). Stripes ada dua jenis iaitu menegak dan melintang. Kalau badan besar tapi mengenakan corak melintang memang sangat ketara nampak kita lebih besar. Jadi pilihlah corak stripes menegak. Memang akan terserlah kesan langsing tuh. Kalau yang berseluar, nampak kaki lebih panjang. Ala ala model gitu. Hehe.
“Saya berjubah, jadi semua ini tiada beza”
Eh, siapa cakap mereka yang berabaya, berjubah tak boleh berfesyen? Sekarang ini memang banyak dijual jubah yang cantik dan menarik. Cuma kita perlu pandai pilih ikut kesesuaian badan. Boleh ikut ciri ciri yang saya senaraikan kat atas. Pasti tak menyesal. Muslimah pun boleh berfesyen. Cuma perlu kena caranya. 

Wednesday, 6 December 2017

Akibat dan Azab Wanita Tidak Tutup Aurat





Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:

Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’

Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:

(1) Suaminya. 
(2) Ayahnya. 
(3) Saudara lelakinya. 
(4) Anak lelakinya.

Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?
Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:


Sahabat

Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.
Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:

(1) Tegur dengan tangan jika terdaya.

(2) Tegur dengan mulut jika terdaya.
(3) Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.

Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?

  • Orang yang melihat

Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.

  • Jurufoto

Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.

  • Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.

Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.

  • Penjual/ penyebar

Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.

  • Pembeli/ pembaca

Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka

Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.


Nauzubillah…


Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…



Monday, 4 December 2017

Pemakaian Menutup Aurat

1. Menutup aurat 

AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. 

2. Tidak menampakkan tubuh
PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

3. Pakaian tidak ketat
TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan
4. Tidak menimbulkan riak
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat.” Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.” (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza
MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. 
Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.” – (Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera
ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat.” (Muttafaq ‘alaih)

7. Melabuhkan pakaian
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” – (al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai
CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: “Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).” (an-Nasa’ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas
Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita.”

Assalamualaikum semua, hari ini kami nak kongsi ceramah Uztaz Azhar Idrus tentang Azab Tidak Menutup Aurat.



Sunday, 3 December 2017

Eksperimen Sosial yang dilakukan untuk melihat reaksi orang ramai


Ini merupakan video yang dibuat oleh seorang gadis untuk melihat reaksi lelaki-lelaki apabila melihatnya memakai pakaian yang terlalu ketat dan menampakkan bentuk buah dadanya. Video ini dibuat di New York City. Melalui kajian sosial ini, kebanyakan lelaki akan terus memandang gadis ini setelah melihatnya berjalan melepasi mereka. Ada di antara mereka yang mengeluarkan kata-kata lucah yang memberahikan dan ada juga yang terus mendekatinya untuk berkenalan dengannya.

Namun, gadis ini juga ada mengenakan pakaian yang sangat sopan, iaitu dengan mengenakan pakaian Berjubah dan Bertudung menutup dadanya. Perbezaan dilihat ketara oleh reaksi lelaki-lelaki tersebut setelah melalui gadis tersebut. Kelihatannya, lelaki-lelaki tersebut langsung tidak mempedulikan gadis tersebut dan tidak terlalu memandangnya.

Kesimpulannya, sebagai seorang perempuan, kita harus menutup aurat bagi mengelakkan hawa nafsu daripada mereka-mereka yang kurang iman di dalam dirinya. Ini juga dapat mengelakkan diri kita daripada bahaya (contohnya: Dirogol). Kemudian, dapat mencerminkan bahawa kita adalah wanita yang baik di mata masyarakat kerana memelihara aurat.

Assalamualaikum kepada semua, hari ini kami nak kongsi tentang satu 'Dalil wajibnya menutup aurat'.

Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

Kelebihan Menutup Aurat





1. Menghindarkan diri dari dosa akibat membuka aurat

- membuka aurat mereka kepada orang bukan mahram


2. Menghindari fitnah, tuduhan atau pandangan negatif

- seringkali dituduh sebagai orang yang tidak baik seperti pelacur, wanita perebut suami orang dan sebagainya


3. Mencegah timbulnya hawa nafsu berlawanan jantina mahupun sesama jenis

-wanita yang berpakaian menjolok mata boleh menaikkan nafsu seseorang


4. Mencegah terkena penyakit dan gangguan kesihatan

-Penyakit-penyakit yang boleh menjangkiti kita apabila kita membuka aurat  adalah boleh seperti penyakit kulit(kurap) dan sebagainya.



TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

a)  Perbezaan dengan binatang. 🙊       Allah SWT berfirman : " Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menu...